KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri The 4th BIMP - EAGA TVET Conference 2024 di Imperial Hotel Kuching hari ini.
Persidangan selama tiga hari itu menampilkan 22 penceramah daripada pelbagai negara merupakan platform terbaik bagi pelbagai pemegang taruh terdiri kerajaan, industri dan ilmuan di wilayah BIMP-AEGA bertukar-tukar pandangan dalam membangunkan bakat (TVET) untuk kepentingan bersama.
Dalam majlis tersebut, Abang Johari menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sarawak Skills dengan 14 syarikat dan agensi untuk mengadakan kerjasama dalam penerokaan teknologi hijau.
Turut diadakan ialah pertukaran MoU antara Kolej Universiti i-CATS bersama Yayasan Soelthan Moehammad Tsjafioeddin dan antara Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak (AWISAR) bersama Prima Merdu Sdn Bhd.
Hadir sama, wakil Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (Pengajian Tinggi dan Inovasi) Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Pengerusi Institusi Pembangunan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Adana Jed.